Monday, December 22

Coretan Posting #1

Assalamualaikum.


Lama sungguh terbiar. Maaf. Dah jadi full-time student ni, sibuk memanjang. Urusan duniawi. Straight to the point, aku teringat pengalaman sendiri. Saja nak kongsi.


Hari tu semangat sikit ah nak clerking patient. Jengah-jengah ward, ada satu pakcik ni tengah baring. Tengok fail, menarik kes ni.


Eksaited sampai aku pun tak reti dah soalan pe nak tanya. Nasib member backup. Haha. Nervous pun ada. Aku tak reti nak mula cakap dengan orang. Seriously.


Clerk punya clerk. Sekali pakcik tu tanya soalan paling basic laa pasal komplikasi DM. Aku dengan member terkedu. Speechless. Walhal, dalam buku dah tertulis, tinggal nak load dalam kepala.


Ending up, pakcik tu yang explain dekat aku dengan member. Nak gelakkan ke diri pun ada. Aduhhh. Tapi molek gak, sekurang-kurangnya, belajar jugak diri nih.


Konklusinya? Tak semestinya pelajaran yang kau dapat tu datang daripada buku je. Kadang-kadang soalan mudah pun boleh jadi complicated. Dan tak patut dipandang enteng.


By the way, pakcik tu ingat lagi kat aku on his second last day dekat ward after had his surgery. Serious terharu. Hahahaha. Thanks pakcik bagi soalan macam tu for at least I know which part I'm lacking. Thank you!


Assalamualaikum.

Wednesday, December 10

Sabar

Sabar walau berjuta kali
Kala diri semakin lelah
Dengan sikap manusia
Yang semakin egois


Sabar walau beribu kali
Bila mana hati sendiri
Acap kali terguris
Dengan tingkah manusia


Sabar selagi kau mampu
Selagi nyawa masih di jasad
Walau dunia semakin mencabar
Jangan pernah kau mengalah.


Azh
1821 hrs
December 10th, 2014

Wednesday, November 12

22nd.

Assalamualaikum...


22 tahun sudah. Alhamdulillah. Thank you to my parents that brought me up until this day. Thank you to my siblings yang macam-macam punya perangai. Thank you untuk yang wish dan ingat. Thanks jugak kat dia dan adinda yang sudi menyanyi. Hahahaha.


Dah..tu ja. Haha. Busy laa weyh! Nanti citer lain. Kbai. Assalamualaikum.


Azh.

Thursday, October 2

Dear Blog

Assalamualaikum


Dear blog,


Kindly I'm in the state of being lazy to type and having no ideas at all. So, Happy October!


Sincerely,
Azh


p cari s: maap lerr..idea tengah kering, nak menikmati cuti..kalo terer cari, jengah lerr insta gwe yang banyak merapu..haha..kbai.

Monday, September 29

Ikut Kawan

Assalamualaikum


Yeeee...topik kali nih topik paling aku rasa bosan tak hengat donia punya. Ikut kawan. Ke mana kawan pergi, ke situ jugak lah nak mengikut.


Okey..memang lerr tak salah nak ikut kawan. Tapi takkan sampai hala tuju hidup seniri, masa depan seniri, nak ikut kawan jugak?


Tak salah nak ikut. Tapi pikir lerr balik...masa depan seniri lagi penting saat ini, detik ini, ketika ini. Keputusan kalo nak ikut kawan ni, tak jauh lerr gamaknya. Environment samaaaaaa ja nanti.


Kalo aku? Memang tak ikut laa. Hirup udara baru, suasana baru, hidup baru, semua yang baru lah. Sebolehnya memang aku taknak kabo ke mana dan apa keputusan aku. Bagi aku, pilihan tu biar dengan keselesaan seniri, yang memudahkan diri seniri dan tak menyusahkan memana pihak. Kejar cita-cita yang paling utama.


Itu aku lerr. Punya pendapat.


Manusia lain? Terpulang. Decision is in your hands. Not others. Decide wisely not because of your friends.


Tu je laaa kowt. Emosi kejap. Haha.


Kbai. Assalamualaikum.


P tolak s: semoga engkorang pilih tempat lain daripada aku sebab sebenarnya aku dah taknak ade kaitan ke bertemu muka lagi...serious...penat pura-pura tak tahu yang aku ditikam senyap-senyap.

Wednesday, September 10

Jalan Tekad

Kalau Tuhan sudah kasi jalan
Kenapa harus menanti
Yang sendiri belum pasti?


Kalau Tuhan sudah beri jalan
Mengapa harus menunggu
Sang bulan jatuh ke riba?


Kalau Tuhan sudah tunjuk jalan
Apa yang menyekat engkau
Untuk kejar yang diingini?


Atau engkau masih curiga
Dengan takdir yang ditetapkan
Untuk diri engkau?


Apa engkau lupa
Yang kiblat itu mana arahnya
Untuk bersujud mencari kepastian?


Apa engkau lupa
Yang doamu itu
Pasti didengari Tuhan?


Bulatkan suara hatimu
Tekadkan jiwa ragamu
Langkahlah dengan tenang
Kejarlah impianmu
Kerana Tuhan sudah beri jalan


Azh
20:28 hrs
August 23rd, 2014

Sunday, September 7

Depressed

Assalamualaikum.


Depression do kill me slowly deep down inside without no one knowing it except me.


Yup..but still survive up to today while struggling everyday to keep on being happy around.


Yet...nobody ever take notes. And I still being hurt as always. The same way as usual. *sigh*


One day...everything will be over and back to normal. And there will be no me anymore. Soon.


Bye. Assalamualaikum.

Saturday, August 23

The Vow

There the vow I made
With Him before I born
That I have to keep
Completing it even
I could not remember
The vow that I made
For He only know
And that I have to find
By myself in this world


There the vow I made
With Him before I born
That I the only one
Understand it very well
For it define myself
Who I am suppose to be
What I am suppose to do
How I am suppose to work on it
When I born into this world


There the vow I made
With Him before I born
Long time ago.


Azh
00:04 hrs
August 13th, 2014

Thursday, August 14

Pulang

Langit menangis
Sebagaimana dalam hati
Lidah terkelu
Apatah lagi terkilan
Memori yang tinggal
Berputar kembali
Segar bagaikan
Semalam baru berlaku
Ujian kesedihan
Realiti kehidupan
Untuk terus melangkah
Mencari kekuatan diri
Menunaikan janji
Yang telah terpateri
Daripada-Nya dia datang
Kepada-Nya jua dia kembali
Selamat pulang datuk
Ke pangkuan-Nya
Satu masa nanti
Kita kan bertemu kembali
Dan berkumpul semula
Seperti dahulu


In memory : July 30th, 1935 - August 13th, 2014


Azh
07:23 hrs
August 14th, 2014

Tuesday, August 12

Sanctuary

There is a place
that I have thought
a long time ago
that I have wished before
for a sanctuary of mine


A place somewhere
in this land and country
that shall remain
as a secret
for I the only one know


A sanctuary
that I have been longing
to seek refuge
to change for the better
to repent myself
and return to Him


A sanctuary of mine
that I would want for myself
that I wish it would
remain as a secret
that no one shall ever know


There is a place
a sanctuary of mine
that I have been looking for



azh
19:28 hrs
August 12th, 2014

Saturday, August 9

Hati tengah berat

assalamualaikum ~


Berat betei hati ni tetiba. Halaaahhh.... Macam-macam yang aku tengah rasa. Amarah, sedih, kecewa, kasihan...banyaknyaaa sampai aku nak lelap mata pun tak mampu. Kenapakah? Mengapakah? Hmmm..


Tuhan benar-benar uji perasaan aku. Sungguh. Kasihan dengan anak-anak menakan yang kecik lagi yang tak tahu apa yang terjadi. Kasihan tengok disebalik senyuman diorang, tersembunyi seribu cerita. Marah, ya marah dengan sikap takde tanggungjawab seorang lelaki terhadap isteri dan anak-anak. Sungguh, aku marah. Sedih apatah lagi kecewa.


Tuhan sungguh-sungguh kasi aku dengar cerita itu tempoh hari. Allah....aku tak boleh nak kata apa melainkan kaver dengan senyuman. Tapi hati, macam nak pijak-pijak je sebenarnya. Sungguh. Tak sangka. Apa tiada erti takut ke dalam hati dia kalau terjadi apa-apa kepada anak-anak dan isterinya? Apa dia benar-benar tidak gentar kalau disoal kelak akan tanggungjawabnya?


Astaghfirullah... Kalau ikutkan amarah aku, sungguh aku nak je kabo ke makcik aku, amek je cucu-cucu beliau daripada dibiarkan. Kalau. *sigh*


Cuma nak luahkan sebenarnya. Tak bisa aku nak simpan lama-lama dalam kepala otak, dalam hati. Kang makin parah jadinya, lagi aku meluap-luap. Semoga Tuhan lindungi anak-anak itu daripada sebarang kejahatan duniawi yang ada.


azh.

Thursday, July 31

untitled #1

I need a sea
that I could dive in
letting myself free
from this world
be somewhere
that nobody
could ever find me
be somewhere
that no one
can hurt me


azh
1505 hrs
July 31st, 2014

Wednesday, July 30

Please...

please don't come
into all of my dreams
anymore


please let me erase
all those memories
that we ever had before


cause I can't keep on
dreaming and hoping
for something that
doesn't belongs to me


all of these
hurting me deep inside
tears me into pieces


please just let me...


Azh
2330 hrs
July 30th, 2014


p/s : for everything I posted here is truely from my heart. Deep inside that I can't explain it for how much I wanted to explain it.

Wednesday, June 25

Castle of Heart

There is a day
Where I invited them
To enter my castle
Castle of heart
For I know the meaning
To love and to care
To cherish and to give
Every single of breath
That I took in


And then there is a day
When they invited others
Without my permission
In my absence
And taking over my castle
Ruining every single thing
From top to bottom
That I became speechless
Losing myself to them


And that I have to start
Once again building up
My castle of heart
Then I promise myself
To only invite a person
Into my castle alone
Standing at my side
For my worse and good
And to look forward in life


azh
2305 hrs
June 20th, 2014

Tuesday, June 24

Sabar

Ya Tuhan...
pinjamkan daku kesabaran
untuk bangkit berhadapan
mencari satu jawapan
setiap permasalahan


azh
1856 hrs
June 11th, 2014
R&R Gurun
Kedah Darul Aman


p sabar s : dugaan daripada Dia. bila dah mintak pinjam daripada Dia. takpa. sabar. ada jalan. ada jawapan. ada solusi.

Friday, June 20

Untuk Sang Hati

Simpan Tuhan di hati
bukan sekadar lima sehari
tapi tiap masa tiap detik
kerana cabaran sentiasa menanti


azh
1758 hrs
June 6th, 2014


p cinta hati s : ini nukilan untuk hati. supaya sentiasa kuat. ingat Tuhan. letak Dia dekat hati. tiap masa.

Wednesday, June 11

Sometimes

Sometime I wish to die young age
so that I don't have to face the world
that I don't have to experience
those adventures


Sometime I wish to die old age
so that I can face the world
experience those adventures
and let my offspring know


Somehow everything has written
by Him before I brought up
into this world
and He know when I shall return


Somehow it is a lesson of life
to learn from adventures
from the experiences
to keep the vow to Him


Sometimes...
only time matters to us
only He know
the All-Knower.


azh
2100 hrs
May 27th, 2014


p love s : jangan tanya pasai pa baru sekarang aku post. banyak lagi tertunggak sebenarnya ni.

Monday, June 9

Hujan

hujan turun bagai mengerti
yang terjadi sekarang ini
resah risau dalam hati
masa depan entahkan pasti


azh
2224 hrs
May 15th, 2014



p payung s : apesal aku baru post? haaa..jangan tanya. aku sendiri pun tak paham apesal baru aku post. dah. kbai.

Saturday, May 24

Jiwa

tika diri dilanda kesepian
jiwa dihimpit ribuan perasaan
mencari satu kepastian
demi sebuah erti kehidupan


emosi bermain di jiwa
menari untuk seribu rasa
menangisi setiap duka
tiap calar yang terluka


merintih pada sang pencipta
agar dipinjamkan kekuatan jiwa
menyelusuri tiap dugaan-Nya
untuk hari baru yang kan tiba


wahai sang jiwa tenanglah
teruskan mengorak langkah
mencorak masa hadapan
walau berjuta halangan


azh
1345 hrs
May 23rd, 2014


p tenang s : aku siapkan idea ni masa atas bas ondewei balik ke kampung halaman. susah betei nak siapkan bila emosi aku tak mendalam. -_-

Sunday, May 11

Ibu

ibu
kasihmu tetap satu
biar anakmu beribu


ibu
walau berjuta halangan
kau sabar berdepan


ibu
walau berjuta dugaan
wajahmu penuh senyuman


ibu
sang ratu hati
tanpamu tiada erti


ibu
cinta hati diri
kasihmu yang abadi


ibu
syurga anak-anakmu
terima kasih bidadariku


azh
1722 hrs
May 11th, 2014


P/s :  this is dedicated to my Bonda and mothers around the world. sorry lerr tak berapa nak puitis sangat. kekeke.

Saturday, May 10

Tulis

tulis itu rasa
utusan sang jiwa
buat seorang manusia


tulis itu diri
cerita kisah hati
agar bisa dimengerti


tulis itu cinta
yang beribu makna
pada satu manusia


AZH
1622 hrs
May 10th, 2014

Thursday, May 1

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum


Selamat hari pekerja buat mereka yang bergelar pekerja. Wiwiwi.


Yang masih belajar pulak, enjoy ah cuti sehari ni woii. Yang negeri lain yang cuti jumaat ni, untung ahhh cuti 3 hari.


Err...aku pun cuti lama kowt. Hehehe. Ahad ni aku bakal berangkat sudah. Ke mana? Nanti aku kisahkan. Heeee.


By the way, aku update entri guna chrome yang dah sedia ada dalam henset. Nanti aku cite lepas dah jumpa jalan dan kelebihan henset ni. Yang Kat Wechat dah tahu model apa aku guna.


Dan...autocorrect ni pun boleh bikin aku seteghes. Abeh rosak rekod menaip paling laju. Nak kena ushar sebelum post. Kang lain yang aku nak sampaikan. Hahahaha.


K dah. Bai. Selamat bercuti!

Friday, April 25

Ni entry tengah bengang.

Aaaarrrgghhhh...!!!!


Aku tak buat apa, aku yang kena.


Cantik perangai kau laa perempuan!


*middle finger *

Wednesday, April 23

To The Life

I will never stop
I will never look back


For the vow I've made
For the soul I've trade


Until it is done
Even it takes me
Forever


AZH
22:35 hrs
April 23rd, 2014

Monday, April 21

Senior punya Bisnes - Promosi Hiasan Dinding

Assalamualaikum ~


Ini Senior aku punya kerja. Aku ingatkan mende ah dia post kat blognya. Siap suruh aku baca arahan sekali. Aku pun mengikut je ah. Last baca part last tu...terasa macam...terkena lagi dengan Senior. T_T



Hahaha. K skip that part. Memandangkan dah terbaca dan dah alang-alang Senior post gitu siap ke We Chat dengan Fesbuk (power tak power laa kan...tu belum dia pi cari aku kat tuiter), aku tolong je ah walaupun follower memang tetttttt ~ Sadis je tengok. :P



Aku print screen bagi intro je. Lebihnya, yang membaca boleh tekan link Encik Senior Keding guwe ni dan ushar sendiri. Nak order ke apa ke pertanyaan, tekan je ke beliau. Aku menolong je iklankan. Wiwiwiwiwi.





Dah? Tunggu mende lagi buat yang berminat? Klik ah link Encik Senior Keding guwe ni. Klik jangan tak klik ah. Encik Senior Keding!



p tenung s: aku nak cabut dulu sebelum Senior aku cari sebab aku taip cenggitu. hahahahaha. kbai!

Saturday, April 19

Dia Lebih Mengetahui

rasa menyesal kerana kenal
pernah bertamu di jiwa
tapi siapa aku
untuk rasa sedemikian
andai Tuhan sudah tuliskan?


amarah yang pernah singgah
di hati kerana sesal
tapi siapa aku
untuk menyimpan rasa
jika Tuhan sudah catitkan?


Tuhan lebih mengetahui
walau jiwa walau hati
rabak diperlakukan manusia
dicampak ke sana sini


tapi itu satu pelajaran
tentang kehidupan
untuk mendewasakan diri
agar tabah menghadapi


tapi itu juga pengajaran
tentang mengawal perasaan
untuk berfikir dengan tenang
dan matang memberi keputusan


Tuhan lebih mengetahui
kekuatan dalam diri
kekuatan dalam hati



AZH
00:30 hrs
April 19th, 2014



p tenang s : nak kata perfect, sikit pun tak. banyak cacat cela. tapi ini cuma untuk kongsi. kongsi rasa lepas mengadu dengan Tuhan. tapi tak semua ah.

Friday, April 18

Bicara dengan Tuhan

berbicara dengan Tuhan
tentang kehidupan
tentang perasaan
beri aku kekuatan


untuk sentiasa menghargai
yang banyak jasanya
kepada diri aku


dan punya rasa kasih
untuk yang selayaknya
kerana membawa aku ke dunia


dan rasa terima kasih
kepada yang mengajar aku
untuk kenal dunia


dan mematikan satu rasa
untuk yang tidak memerlukan
kehadiran aku di bumi Tuhan



AZH
19:58 hrs
April 18th, 2014

Monday, April 7

Kisahnya begini...

assalamualaikum


Hai. Okay sorry lama tak update. Malas. Well...tapi sebab aku jenis biasa suka menulis dalam diari. Alam maya ni sekadar port nak melepak, meleset dan mencari idea. Idea la sangat padahal entah mende entah aku buat. Miahahaha.



Cuti dah nak sampai penghujung. Ahh. Bosan sungguh. Dan bakal berangkat ke negeri paling utara sekali untuk semester baru. Kemain jauh lagi kena campak. Ciss. Tak boleh jauh lagi ke entah. -_- Serius, lepas ni dah tak boleh balik selalu tetiap minggu. T_T



Ermmm...kbai nak sambung tengok The Vampire Diaries. Hewww ~

Wednesday, March 26

Ceritanya....

assalamualaikum


Yo ~ Sorry ah. Tahap kemalasan waktu cuti semester ni memang tinggi gila cecah langit jugak ah. Nak pulak dapat berita cuti dipanjangkan lagi sampai pertengahan bulan depan. Wahahahahaha. Syiok gila ah. Kalau tidak, minggu depan seminggu kena kem profesional. Duhh ~



Buat kem profesional, kelas profesional, tapi orang tak jugak reti nak acah-acah profesional. Seriously, I've seen it in front of my eyes. Many times and I was like well, kau cakap serupa kau profesional, abeh tu waktu orang tengah presentation, sukati kau je bercakap, memang bijak nohorom pun.



Fiuhhh ~ Okey terlepas sikit. Hahahahaha. Kalau presentation tu besar dewan, takpe ah aku paham jugak ah betapa bosan nak mampus duduk setempat dan hanya mampu tadah telinga mendengar benda yang kau seniri pun bukannya nak paham sangat. Tapi agak-agak laa kalau presentation tu setakat dalam kelas kecik pun nak buat perangai macam ni.



Okey..sikit-sikit sudah. Tapi kalau rasa nak buat jugak, mohon pergi buat dekat tempat lain lah. Dengan aku, sorry to say, suara aku memang akan meninggi sampai kau reti maksud "shut up" tu. Nyeh.



Err...takde topik tapi sekadar luahan rasa. Demi kerja, aku bab ni takde masalah untuk acah-acah profesional walaupun tahap menyampah tu sampai nak terajang pun ada. Kalau tak berkaitan dengan kerja, bawak-bawak ah berambus jangan kacau aku. Ade je kes tak berkaitan dengan kerja pun nak jugak tunjuk muka. Tapi kena ah buat muka paling selamba takde perasaan walhal dalam hati...hahahahaha.



Okey okey...terbanyak pulak cakap. Dah ah. Banyak cakap pun orang menyampah. Aku pun nak sambung tengok drama sampai tidur. Alang-alang cuti...Bye ~

Monday, March 17

Untuk orang yang iri hati

To my dearest aunts and uncles, specifically, who likes to condemn on me just because I'm doing the most tough course in private university,
Well, I would like to say I am very thankful for your concerned and your so 'sincered' comments. I really do appreciate it much until today, this very beautiful day and in future, InsyaAllah. Seriously.
And I would like to say that, I don't like to show off like others did. If you don't like me, just because the course I took, then, it is your problem. Not my problem at all. Seriously.
Comparing me with your son, daughter and blah blah blah, you may go on with it. If you say they can too, then, why don't you ask them to do it? Well, read carefully, okay. I know my own ability, and I know my own limit.
Lastly, you may continue with your 'sincered' comments and keep comparing and exaggerating much about your children with me. Just read this words carefully, I don't give a damn about it.
Sincerely,
AZH

Sunday, March 9

Pray for them.

Assalamualaikum
To the people out there, yang suka jadi reporter tak bertauliah berkaitan dengan kejadian kehilangan MH370,
Stop posting rumours on Facebook, WeChat, Twitter and anywhere that you can spread it. Until you receive the fact, the actual fact.
Please have some RESPECT to the family members that involved in the tragedy. Show some EMPATHY towards them.
Regardless any religions, any races, any countries, 1 wish, hoping that they come back safely.
AZH

Friday, March 7

Manusia

manusia


hanya tahu menyampai
kepada yang rapat
hanya tahu mengikut
secara membuta tuli


tak punya rasa bersalah
walau menjadi penyampai
tak punya rasa mahu tahu
walau akal telah diberi


manusia


gah nama digelar hakim
hakim duniawi
yang bisa meletak hukum
seperti dia yang suci


gah nama kerana berjaya
menjadi penyampai hal dalam
kepada dunia luar
kononnya menegur


manusia



AZH
1903
March 7th, 2014



p sengkang s : ini secara rawak. tersentap? jadi aku perlu buat apa untuk tidak menyentapkan lagi? heh.

Thursday, March 6

Terima Kasih Tuhan

Dear Tuhan, terima kasih


kerana sentiasa ada disisi
kerana sentiasa mendengar rintihan
kerana sentiasa melayan permintaan
kerana sentiasa memberi peluang


walau terkadang aku alpa
walau terkadang aku leka
walau manusia tidak memahami
walau manusia reti menghakimi


terima kasih dari hati
daripada seorang hamba
hamba yang hina ini


AZH
1715
March 6th, 2014



p sayang s : ini bukan sajak sebab aku tak pandai nak bersajak. ini sekadar luahan rasa yang hadir secara spontan. hadir tatkala aku baru lepas semak keputusan peperiksaan tempoh hari. hohohoho.

Thursday, February 13

Sebenarnya kan..

assalamualaikum



Sebenarnya aku tengah cuti minggu belajar dua minggu. Ni dah hari ke berapa entah. Dan kebetulan hari ni memang aku bajet nak bukak laptop sebab nak selesaikan tugasan kumpulan. Sebab esok tarikh kena hantaq report. Hohohoho. Dasar suka tunggu dateline baru reti buat kerja. Bila nak berubah pun tak tau.



Makanya, aku amek kesempatan jugak ah nak meronda dekat ruang siber. Dan hari ni tak studi lagi. Ahhhh..ni yang rasa macam nak sawan. Adoilaaa...



Okey ah. Dah selesai Final Exam nanti, aku update lagi. Tapi kan...bergantung keadaan ah sebab cuti sebulan pun nak kena studi balik daripada semester satu sampai lima. Professional Examination bulan April. T_T



Kbai ~

Friday, January 31

Ikan Masin Masak Asam

assalamualaikum ~


Hai ~ Entri kali ni pasal masakan lagi. Haha. Dah peram seminggu lebih ah. Sampai dah 2 kali aku masak lauk ni. First time masak lauk ni gara-gara bawak stok pulang. Kali kedua atas request Bonda lepas aku insta masuk fesbuk saja nak tayang kat Ayahanda dan Bonda yang guwe berjaya buat. Kah!



Bahan nak masak ni simple gila punya. Orang bujang laa katanya. Tak susah mana pun. Yang tak reti masak pun boleh cuba masak. Okay ~



Bawang besaq sebijik, bawang putih 2 ulas, halia beberapa hiris


cili merah dan cili hijau
warna warni laa sikit lauk hangpa


ikan masin


belacan
penambah rasa bagi umph haa


asam jawa
garam & gula

Dah sediakan bahan tadi? Haaa...ni resepi zaman Bonda punya. Aku share-share je ni. Cara nak sediakan pun tak payah berjam-jam. 30 minit, siap sedia untuk makan ja.





Panaskan minyak. Dah tu masukkan bawang putih, goreng sampai wangi.
Next, masukkan bawang besaq. Sampai jiran sebelah ke housemate tanya engko masak mende.
Lepas tu masukkan hirisan halia tadi.


Asam jawa tadi, hang perah bagi dapat ayaq.
Dah tu masukkan ayaq asam jawa ni.
Kacau bagi sebati semua bahan tadi.


Next step, masukkan ikan masin yang dah siap digoreng.
Masukkan secubit dua belacan.


Masukkan hirisan cili-cili.
Aku main redah je hiris cenggini.
Garam dan gula secubit dua.


Agak-agak dah mendidih sikit, off je api. Dan.....siap untuk dihidang dan melantak. Masa aku masak lauk ni, ikan sekoq je la sebab aku sorang je nak makan. Balik rumah famili, memang ter-blank sebab aku mana ada sukatan bab masak ni. Aci redah gitu haa.


Enjoy ~


Next entry bila aku rajin pulak dan lepas seminggu dua aku peram. Hahaha. Bye ~



p masak s : kawan pempuan aku yang datang rumah jeles sebab aku tertunjuk gambaq makanan yang aku masak seniri. hahahahaha. sorry laa my dear. tak sengaja ~ :P

Monday, January 20

Exam ~

assalamualaikum



Hai. Update ringkas. Minggu ni dua exam. Dan....esok salah satunya. Study? Haa...dah selesai dua chapter. Satu lagi nak pegi sambung ah ni. Hohoho. Ermm...next entry. Bye ~

Friday, January 17

Bergedil Maggie

assalamualaikum ~



Hoi! Lama jugak ah aku peram entri nih dekat draft. Selalu update pun tak feel der. Aku update mende yang simple aku buat masa kat hostel tempoh hari. Hasil merujuk dan berguru dengan Dapur Bujang.


Bahan-bahan yang ampa perlukan :


Crab sticks ni optional (versi aku, tambah je apa yang aku nak)


Maggie yang dah siap direbus dengan air panas


Telur sebijik


Bawang putih (seulas) dan bawang besaq (setengah biji)


Kentang yang tengah direbus untuk lembutkan



Cara-cara memasak :

- Dah lembut kentang yang ampa rebus tadi, sila laa lenyek-lenyekkan.
- Dah siap lenyek? Okay, masukkan maggi yang dah siap rebus tadi, crab sticks, perencah maggi, bawang putih dan bawang besaq.
- Next step, ampa uli sampai sebati semua bahan tadi. Pastikan tangan dah dibersihkan daripada segala bakteria sebelum menguli. Karang makan, sakit perut, tak ke naya.
- Lepas siap menguli semua bahan, korang bentukkan bulat-bulat macam kat bawah ni. Ikut sedap korang laa nak besar pada ni ke, nak sederhana ke, nak kecik ke ye.


- Dah buat step tadi? Okay, kita proceed next step. Panaskan minyak kat dapur tu oi! Dah? Celup bergedil ni dalam telur yang dah dipukul.
- Minyak dah panas? Apa lagi...goreng laa bergedil ampa sampai kuning keemasan ~


Tadaaaaaa ~


Aku buat dalam 21 biji jugak laa. Makan pagi dekat dalam dewan seminar. Muahahahaha. Terima kasih buat Dapur Bujang kerana idea yang kreatif ni. Lepas ni takde laa asyik maggi kosong je aku bedal kalau lapar. Ahakz ~



Klik link tadi untuk resepi-resepi kreatif yang simple. Yang tak reti masak pun boleh jadi reti. Yang dah biasa masak pun boleh jadi pro memasak lepas ni. Bye ~

Tuesday, January 14

Lanun Ranggi The Book


assalamualaikum ~



Hai! Errmmm... Apa habaq? Haha. Straight to the point. Aku ushar timeline tuiter. Ada laa yang dok order buku dekat Encik Aujinz. Jadi, Rabu lalu bersamaan 8 Januari 2014 Masihi, aku roger laa beliau dekat wicet. Dah buku beliau ni terlajak laris habaq hang, kena laa tanya masih ada atau kena tunggu. Nasib guwa baik derr...nak tunggu apa lagi. Sambaq cecepat sebelum stok habis.


Makanya, hari Khamis, 9 Januari 2014 Masihi, aku dapat pengkhabaran gembira yang beliau telah pos ekspress ke aku. Manyak gumbira hati guwa maa. Tunggu dengan eksaited sedangkan Jumaat ada test pun sikit lagi nak lupa dah. Haha. Jumaat, 10 Januari 2014, tengah hari, dah selamat berada di tangan aku. Muahahahahaha ~ (Ayahanda soal bertubi-tubi menda alah apa laa aku sanggup tunggu dekat kaunter kampus sampai pukul 3 petang semata-mata) :P



tadaaaaa ~


Apa yang best? Banyakkkkkkkk!!!! Gaya santai yang Si Lanun Ranggi yang perasan kacak (kacak separuh ah...hehehehe) persembahkan seperti dalam blog beliau. Ada yang diceritakan semula dan ada cerita yang baru nak diceritakan melalui buku ni. Cerita daripada zaman kanak-kanak yang nakal sampai ke zaman kerja dengan otai, dan...eh...kang cerita semua, tak thrill ah kat yang belum membeli dan membaca.



Lagi? Setakat yang aku dah mengulang baca ni, memang sakan jugak ah aku mengekek gelak dan tersengih macam kerang busuk sampai Bonda tanya kat aku. Parah ~ Bagi seorang aku yang kerap stress ni, baca buku ni pun dah mampu buatkan aku lupa masalah apatah lagi nak memerut ke tandas. Makan pun aku boleh nantikan sebab nak baca punya hal.



Nak tahu lagi? Klik link atas, dan order-lah dekat Encik Aujinz segera sebelum kehabisan stok. Buku beliau terlajak laris baq hang.



Okey ah...aku ada keje sikit dan nak mencari resepi untuk masak esok. Bye ~

Monday, January 6

Crab Sticks Spicy

Assalamualaikum ~



Kelas petang cancel. Hohoi. Straight to the point, aku ada masa untuk masak makanan tengah hari. Simple saja. Orang bujang laa katakan.



Okeyh. Bahan-bahan yang diperlukan :-

Minyak masak



Cili giling (kuantiti ikut suka hangpa)
Sos tomato (kuantiti ikut suka)


Crab sticks potong dadu


Bawang putih potong dadu 4 ulas (nak kurang pun boleh)


Bawang besaq sebijik (nak setengah pun boleh)


Garam
Gula




Cara-cara masak :-


- Engkorang panaskan kuali dan tuangkan minyak masak. Tunggu sampai minyak dah panas.

- Agak-agak dah panas, masukkan bawang putih sampai wangi. Dah tu masukkan bawang besaq tadi. Goreng sampai wangi.

- Dah sudah step tadi, masukkan cili giling dengan sos tomato. Bonda kabo, kalau masuk cili giling ni, hang kena tumis dia sampai pecah minyak. Lagi Bonda kabo, time hang nak kacau tu, kacau arah lawan jam.

- Hang agak dah pecah minyak tu, masukkan sikit air kalau tak nak pekat laa. Reneh sampai mendidih gitu.

- Last step, campak masuk crab sticks. Garam dan gula pun sekali masuk secukup rasa. Biaq sampai crab sticks tadi betul-betul masak.


Dah siap untuk dimakan. Jemput ~~





p/s : burrppp ~ alhamdulillah. kenyang perut guwa dowh.

Kelas, Isnin Blues ~

Assalamualaikum ~
Kuliah dah mula derr. Macam biasa. Nak bangun pagi, liat nak mampus. Lagi-lagi dengan cuaca sejuk dan berbungkus di dalam selimut. Perrrgghh. Nikmat baq hang!
Tapi...kelas harus pergi derr. Kang Ayahanda tahu aku membongkang je lebih, tak pasal kena ceramah kaw-kaw punya. Huhuhu.
Bangun hari ni boleh pulak sakit lengan kiri, bahu kiri dan pinggang bahagian kiri. Kemain laa pulak kan. Takkan salah tidoq pulak, ye dak. Wuwuwuwu ~
Aa...okey ah. Nanti ah aku menaip lagi. Bye ~
p tolak s : aku takdak mood sikit hari ni.

Saturday, January 4

Cuti sudah habis bro ~

assalamualaikum ~



Berdenyut-denyut peha kiri ni. Oh..lebam sudah. Ni laa akibat berebut sangat lepas shopping semalam. Habeh langgar pintu kereta. Padan muka guwa. T_T



By the way, adik cik a.k.a acik dah balik hostel. Tinggal aku dengan yang bongsu dengan Ayahanda & Bonda. Esok aku pulak balik. Ahh..malasnya nak balik derr. Mode cuti tak habeh lagi. Haihhh ~



Ohh...Selamat Ulang Tahun yang ke-22 buat Ayahanda dan Bonda guwa. Hohoho ~ Sorry, tak dapat nak bagi hadiah on the spot hari nih.



Okay ah. Nak dinner. Perut guwa meminta nasi yang seharian tak dapat-dapat lagi. Bye ~



p tendang s : kalau tak tahu erti tak nak kongsi, tak payah bajet macam tahu. 

Thursday, January 2

Selesema Pulak ~

assalamualaikum ~



Aku pikir tadi petang nak menaip. Tapi kan, disebabkan makan ubat selesema gara-gara alergik dengan habuk, badan terus kena mode sloth. Sorong bantal waktu tu pun memang aku tak menolak. Lepas lunch, terus aku tidoq.



Lagi yang aku senang selesema bila cuaca sejuk, orang yang pakai perfume yang-kalau-boleh-aku-nak-orang-lain-bau-dari-jauh-lagi, dan sotong yang makanan laut tu eh. Serius...mahu sehari laa jugak macam orang sakit padahal tak pun.



Buat masa ni, cara hilangkan tu, aku cuma makan ubat selesema laa. Tu yang terlupa mende laa aku nak mengarut kat sini. Huhuhu ~ Dah laa...nak tengok movie. Esok nak berjimba. Cuti dah nak abeh woi! Bye ~



p tolak s : entah pape aku menaip malam ni...lain hari ah bila aku ingat.

Wednesday, January 1

Hai 2014!

assalamualaikum ~



Selamat Tahun Baru 2014! Terimalah entri pertama untuk tahun baru ni daripada guwa yang tak seberapa ni. Huhu ~



Dengan rasminya, mission aku, dah bermula saat ini. Doakan aku mampu mengharunginya dengan lebih kuat dan tabah dan sabar. Hoho ~



Baidewei, guwa menang selepas orang yang guwa cabar dah angkat bendera putih. Harharharharhar. Masa untuk membahan. Bye ~



p tarik s : tetiba perut berkeroncong pulak. citt ~