Saturday, April 19

Dia Lebih Mengetahui

rasa menyesal kerana kenal
pernah bertamu di jiwa
tapi siapa aku
untuk rasa sedemikian
andai Tuhan sudah tuliskan?


amarah yang pernah singgah
di hati kerana sesal
tapi siapa aku
untuk menyimpan rasa
jika Tuhan sudah catitkan?


Tuhan lebih mengetahui
walau jiwa walau hati
rabak diperlakukan manusia
dicampak ke sana sini


tapi itu satu pelajaran
tentang kehidupan
untuk mendewasakan diri
agar tabah menghadapi


tapi itu juga pengajaran
tentang mengawal perasaan
untuk berfikir dengan tenang
dan matang memberi keputusan


Tuhan lebih mengetahui
kekuatan dalam diri
kekuatan dalam hati



AZH
00:30 hrs
April 19th, 2014



p tenang s : nak kata perfect, sikit pun tak. banyak cacat cela. tapi ini cuma untuk kongsi. kongsi rasa lepas mengadu dengan Tuhan. tapi tak semua ah.

No comments:

Post a Comment