assalamualaikum ~
Hai! Errmmm... Apa habaq? Haha. Straight to the point. Aku ushar timeline tuiter. Ada laa yang dok order buku dekat Encik Aujinz. Jadi, Rabu lalu bersamaan 8 Januari 2014 Masihi, aku roger laa beliau dekat wicet. Dah buku beliau ni terlajak laris habaq hang, kena laa tanya masih ada atau kena tunggu. Nasib guwa baik derr...nak tunggu apa lagi. Sambaq cecepat sebelum stok habis.
Makanya, hari Khamis, 9 Januari 2014 Masihi, aku dapat pengkhabaran gembira yang beliau telah pos ekspress ke aku. Manyak gumbira hati guwa maa. Tunggu dengan eksaited sedangkan Jumaat ada test pun sikit lagi nak lupa dah. Haha. Jumaat, 10 Januari 2014, tengah hari, dah selamat berada di tangan aku. Muahahahahaha ~ (Ayahanda soal bertubi-tubi menda alah apa laa aku sanggup tunggu dekat kaunter kampus sampai pukul 3 petang semata-mata) :P
tadaaaaa ~
Apa yang best? Banyakkkkkkkk!!!! Gaya santai yang Si Lanun Ranggi yang perasan kacak (kacak separuh ah...hehehehe) persembahkan seperti dalam blog beliau. Ada yang diceritakan semula dan ada cerita yang baru nak diceritakan melalui buku ni. Cerita daripada zaman kanak-kanak yang nakal sampai ke zaman kerja dengan otai, dan...eh...kang cerita semua, tak thrill ah kat yang belum membeli dan membaca.
Lagi? Setakat yang aku dah mengulang baca ni, memang sakan jugak ah aku mengekek gelak dan tersengih macam kerang busuk sampai Bonda tanya kat aku. Parah ~ Bagi seorang aku yang kerap stress ni, baca buku ni pun dah mampu buatkan aku lupa masalah apatah lagi nak memerut ke tandas. Makan pun aku boleh nantikan sebab nak baca punya hal.
Nak tahu lagi? Klik link atas, dan order-lah dekat Encik Aujinz segera sebelum kehabisan stok. Buku beliau terlajak laris baq hang.
Okey ah...aku ada keje sikit dan nak mencari resepi untuk masak esok. Bye ~
No comments:
Post a Comment