assalamualaikum ~
Hoi! Lama jugak ah aku peram entri nih dekat draft. Selalu update pun tak feel der. Aku update mende yang simple aku buat masa kat hostel tempoh hari. Hasil merujuk dan berguru dengan Dapur Bujang.
Bahan-bahan yang ampa perlukan :
Crab sticks ni optional (versi aku, tambah je apa yang aku nak)
Maggie yang dah siap direbus dengan air panas
Telur sebijik
Bawang putih (seulas) dan bawang besaq (setengah biji)
Kentang yang tengah direbus untuk lembutkan
Cara-cara memasak :
- Dah lembut kentang yang ampa rebus tadi, sila laa lenyek-lenyekkan.
- Dah siap lenyek? Okay, masukkan maggi yang dah siap rebus tadi, crab sticks, perencah maggi, bawang putih dan bawang besaq.
- Next step, ampa uli sampai sebati semua bahan tadi. Pastikan tangan dah dibersihkan daripada segala bakteria sebelum menguli. Karang makan, sakit perut, tak ke naya.
- Lepas siap menguli semua bahan, korang bentukkan bulat-bulat macam kat bawah ni. Ikut sedap korang laa nak besar pada ni ke, nak sederhana ke, nak kecik ke ye.
- Dah buat step tadi? Okay, kita proceed next step. Panaskan minyak kat dapur tu oi! Dah? Celup bergedil ni dalam telur yang dah dipukul.
- Minyak dah panas? Apa lagi...goreng laa bergedil ampa sampai kuning keemasan ~
Tadaaaaaa ~
Aku buat dalam 21 biji jugak laa. Makan pagi dekat dalam dewan seminar. Muahahahaha. Terima kasih buat Dapur Bujang kerana idea yang kreatif ni. Lepas ni takde laa asyik maggi kosong je aku bedal kalau lapar. Ahakz ~
Klik link tadi untuk resepi-resepi kreatif yang simple. Yang tak reti masak pun boleh jadi reti. Yang dah biasa masak pun boleh jadi pro memasak lepas ni. Bye ~
No comments:
Post a Comment