Showing posts with label pena. Show all posts
Showing posts with label pena. Show all posts

Wednesday, December 10

Sabar

Sabar walau berjuta kali
Kala diri semakin lelah
Dengan sikap manusia
Yang semakin egois


Sabar walau beribu kali
Bila mana hati sendiri
Acap kali terguris
Dengan tingkah manusia


Sabar selagi kau mampu
Selagi nyawa masih di jasad
Walau dunia semakin mencabar
Jangan pernah kau mengalah.


Azh
1821 hrs
December 10th, 2014

Wednesday, September 10

Jalan Tekad

Kalau Tuhan sudah kasi jalan
Kenapa harus menanti
Yang sendiri belum pasti?


Kalau Tuhan sudah beri jalan
Mengapa harus menunggu
Sang bulan jatuh ke riba?


Kalau Tuhan sudah tunjuk jalan
Apa yang menyekat engkau
Untuk kejar yang diingini?


Atau engkau masih curiga
Dengan takdir yang ditetapkan
Untuk diri engkau?


Apa engkau lupa
Yang kiblat itu mana arahnya
Untuk bersujud mencari kepastian?


Apa engkau lupa
Yang doamu itu
Pasti didengari Tuhan?


Bulatkan suara hatimu
Tekadkan jiwa ragamu
Langkahlah dengan tenang
Kejarlah impianmu
Kerana Tuhan sudah beri jalan


Azh
20:28 hrs
August 23rd, 2014

Saturday, August 23

The Vow

There the vow I made
With Him before I born
That I have to keep
Completing it even
I could not remember
The vow that I made
For He only know
And that I have to find
By myself in this world


There the vow I made
With Him before I born
That I the only one
Understand it very well
For it define myself
Who I am suppose to be
What I am suppose to do
How I am suppose to work on it
When I born into this world


There the vow I made
With Him before I born
Long time ago.


Azh
00:04 hrs
August 13th, 2014

Thursday, August 14

Pulang

Langit menangis
Sebagaimana dalam hati
Lidah terkelu
Apatah lagi terkilan
Memori yang tinggal
Berputar kembali
Segar bagaikan
Semalam baru berlaku
Ujian kesedihan
Realiti kehidupan
Untuk terus melangkah
Mencari kekuatan diri
Menunaikan janji
Yang telah terpateri
Daripada-Nya dia datang
Kepada-Nya jua dia kembali
Selamat pulang datuk
Ke pangkuan-Nya
Satu masa nanti
Kita kan bertemu kembali
Dan berkumpul semula
Seperti dahulu


In memory : July 30th, 1935 - August 13th, 2014


Azh
07:23 hrs
August 14th, 2014

Tuesday, August 12

Sanctuary

There is a place
that I have thought
a long time ago
that I have wished before
for a sanctuary of mine


A place somewhere
in this land and country
that shall remain
as a secret
for I the only one know


A sanctuary
that I have been longing
to seek refuge
to change for the better
to repent myself
and return to Him


A sanctuary of mine
that I would want for myself
that I wish it would
remain as a secret
that no one shall ever know


There is a place
a sanctuary of mine
that I have been looking for



azh
19:28 hrs
August 12th, 2014

Thursday, July 31

untitled #1

I need a sea
that I could dive in
letting myself free
from this world
be somewhere
that nobody
could ever find me
be somewhere
that no one
can hurt me


azh
1505 hrs
July 31st, 2014

Wednesday, July 30

Please...

please don't come
into all of my dreams
anymore


please let me erase
all those memories
that we ever had before


cause I can't keep on
dreaming and hoping
for something that
doesn't belongs to me


all of these
hurting me deep inside
tears me into pieces


please just let me...


Azh
2330 hrs
July 30th, 2014


p/s : for everything I posted here is truely from my heart. Deep inside that I can't explain it for how much I wanted to explain it.

Wednesday, June 25

Castle of Heart

There is a day
Where I invited them
To enter my castle
Castle of heart
For I know the meaning
To love and to care
To cherish and to give
Every single of breath
That I took in


And then there is a day
When they invited others
Without my permission
In my absence
And taking over my castle
Ruining every single thing
From top to bottom
That I became speechless
Losing myself to them


And that I have to start
Once again building up
My castle of heart
Then I promise myself
To only invite a person
Into my castle alone
Standing at my side
For my worse and good
And to look forward in life


azh
2305 hrs
June 20th, 2014

Tuesday, June 24

Sabar

Ya Tuhan...
pinjamkan daku kesabaran
untuk bangkit berhadapan
mencari satu jawapan
setiap permasalahan


azh
1856 hrs
June 11th, 2014
R&R Gurun
Kedah Darul Aman


p sabar s : dugaan daripada Dia. bila dah mintak pinjam daripada Dia. takpa. sabar. ada jalan. ada jawapan. ada solusi.

Friday, June 20

Untuk Sang Hati

Simpan Tuhan di hati
bukan sekadar lima sehari
tapi tiap masa tiap detik
kerana cabaran sentiasa menanti


azh
1758 hrs
June 6th, 2014


p cinta hati s : ini nukilan untuk hati. supaya sentiasa kuat. ingat Tuhan. letak Dia dekat hati. tiap masa.

Wednesday, June 11

Sometimes

Sometime I wish to die young age
so that I don't have to face the world
that I don't have to experience
those adventures


Sometime I wish to die old age
so that I can face the world
experience those adventures
and let my offspring know


Somehow everything has written
by Him before I brought up
into this world
and He know when I shall return


Somehow it is a lesson of life
to learn from adventures
from the experiences
to keep the vow to Him


Sometimes...
only time matters to us
only He know
the All-Knower.


azh
2100 hrs
May 27th, 2014


p love s : jangan tanya pasai pa baru sekarang aku post. banyak lagi tertunggak sebenarnya ni.

Monday, June 9

Hujan

hujan turun bagai mengerti
yang terjadi sekarang ini
resah risau dalam hati
masa depan entahkan pasti


azh
2224 hrs
May 15th, 2014



p payung s : apesal aku baru post? haaa..jangan tanya. aku sendiri pun tak paham apesal baru aku post. dah. kbai.

Saturday, May 24

Jiwa

tika diri dilanda kesepian
jiwa dihimpit ribuan perasaan
mencari satu kepastian
demi sebuah erti kehidupan


emosi bermain di jiwa
menari untuk seribu rasa
menangisi setiap duka
tiap calar yang terluka


merintih pada sang pencipta
agar dipinjamkan kekuatan jiwa
menyelusuri tiap dugaan-Nya
untuk hari baru yang kan tiba


wahai sang jiwa tenanglah
teruskan mengorak langkah
mencorak masa hadapan
walau berjuta halangan


azh
1345 hrs
May 23rd, 2014


p tenang s : aku siapkan idea ni masa atas bas ondewei balik ke kampung halaman. susah betei nak siapkan bila emosi aku tak mendalam. -_-

Sunday, May 11

Ibu

ibu
kasihmu tetap satu
biar anakmu beribu


ibu
walau berjuta halangan
kau sabar berdepan


ibu
walau berjuta dugaan
wajahmu penuh senyuman


ibu
sang ratu hati
tanpamu tiada erti


ibu
cinta hati diri
kasihmu yang abadi


ibu
syurga anak-anakmu
terima kasih bidadariku


azh
1722 hrs
May 11th, 2014


P/s :  this is dedicated to my Bonda and mothers around the world. sorry lerr tak berapa nak puitis sangat. kekeke.

Saturday, May 10

Tulis

tulis itu rasa
utusan sang jiwa
buat seorang manusia


tulis itu diri
cerita kisah hati
agar bisa dimengerti


tulis itu cinta
yang beribu makna
pada satu manusia


AZH
1622 hrs
May 10th, 2014

Wednesday, April 23

To The Life

I will never stop
I will never look back


For the vow I've made
For the soul I've trade


Until it is done
Even it takes me
Forever


AZH
22:35 hrs
April 23rd, 2014

Saturday, April 19

Dia Lebih Mengetahui

rasa menyesal kerana kenal
pernah bertamu di jiwa
tapi siapa aku
untuk rasa sedemikian
andai Tuhan sudah tuliskan?


amarah yang pernah singgah
di hati kerana sesal
tapi siapa aku
untuk menyimpan rasa
jika Tuhan sudah catitkan?


Tuhan lebih mengetahui
walau jiwa walau hati
rabak diperlakukan manusia
dicampak ke sana sini


tapi itu satu pelajaran
tentang kehidupan
untuk mendewasakan diri
agar tabah menghadapi


tapi itu juga pengajaran
tentang mengawal perasaan
untuk berfikir dengan tenang
dan matang memberi keputusan


Tuhan lebih mengetahui
kekuatan dalam diri
kekuatan dalam hati



AZH
00:30 hrs
April 19th, 2014



p tenang s : nak kata perfect, sikit pun tak. banyak cacat cela. tapi ini cuma untuk kongsi. kongsi rasa lepas mengadu dengan Tuhan. tapi tak semua ah.

Friday, April 18

Bicara dengan Tuhan

berbicara dengan Tuhan
tentang kehidupan
tentang perasaan
beri aku kekuatan


untuk sentiasa menghargai
yang banyak jasanya
kepada diri aku


dan punya rasa kasih
untuk yang selayaknya
kerana membawa aku ke dunia


dan rasa terima kasih
kepada yang mengajar aku
untuk kenal dunia


dan mematikan satu rasa
untuk yang tidak memerlukan
kehadiran aku di bumi Tuhan



AZH
19:58 hrs
April 18th, 2014

Friday, March 7

Manusia

manusia


hanya tahu menyampai
kepada yang rapat
hanya tahu mengikut
secara membuta tuli


tak punya rasa bersalah
walau menjadi penyampai
tak punya rasa mahu tahu
walau akal telah diberi


manusia


gah nama digelar hakim
hakim duniawi
yang bisa meletak hukum
seperti dia yang suci


gah nama kerana berjaya
menjadi penyampai hal dalam
kepada dunia luar
kononnya menegur


manusia



AZH
1903
March 7th, 2014



p sengkang s : ini secara rawak. tersentap? jadi aku perlu buat apa untuk tidak menyentapkan lagi? heh.

Thursday, March 6

Terima Kasih Tuhan

Dear Tuhan, terima kasih


kerana sentiasa ada disisi
kerana sentiasa mendengar rintihan
kerana sentiasa melayan permintaan
kerana sentiasa memberi peluang


walau terkadang aku alpa
walau terkadang aku leka
walau manusia tidak memahami
walau manusia reti menghakimi


terima kasih dari hati
daripada seorang hamba
hamba yang hina ini


AZH
1715
March 6th, 2014



p sayang s : ini bukan sajak sebab aku tak pandai nak bersajak. ini sekadar luahan rasa yang hadir secara spontan. hadir tatkala aku baru lepas semak keputusan peperiksaan tempoh hari. hohohoho.