Wednesday, March 26

Ceritanya....

assalamualaikum


Yo ~ Sorry ah. Tahap kemalasan waktu cuti semester ni memang tinggi gila cecah langit jugak ah. Nak pulak dapat berita cuti dipanjangkan lagi sampai pertengahan bulan depan. Wahahahahaha. Syiok gila ah. Kalau tidak, minggu depan seminggu kena kem profesional. Duhh ~



Buat kem profesional, kelas profesional, tapi orang tak jugak reti nak acah-acah profesional. Seriously, I've seen it in front of my eyes. Many times and I was like well, kau cakap serupa kau profesional, abeh tu waktu orang tengah presentation, sukati kau je bercakap, memang bijak nohorom pun.



Fiuhhh ~ Okey terlepas sikit. Hahahahaha. Kalau presentation tu besar dewan, takpe ah aku paham jugak ah betapa bosan nak mampus duduk setempat dan hanya mampu tadah telinga mendengar benda yang kau seniri pun bukannya nak paham sangat. Tapi agak-agak laa kalau presentation tu setakat dalam kelas kecik pun nak buat perangai macam ni.



Okey..sikit-sikit sudah. Tapi kalau rasa nak buat jugak, mohon pergi buat dekat tempat lain lah. Dengan aku, sorry to say, suara aku memang akan meninggi sampai kau reti maksud "shut up" tu. Nyeh.



Err...takde topik tapi sekadar luahan rasa. Demi kerja, aku bab ni takde masalah untuk acah-acah profesional walaupun tahap menyampah tu sampai nak terajang pun ada. Kalau tak berkaitan dengan kerja, bawak-bawak ah berambus jangan kacau aku. Ade je kes tak berkaitan dengan kerja pun nak jugak tunjuk muka. Tapi kena ah buat muka paling selamba takde perasaan walhal dalam hati...hahahahaha.



Okey okey...terbanyak pulak cakap. Dah ah. Banyak cakap pun orang menyampah. Aku pun nak sambung tengok drama sampai tidur. Alang-alang cuti...Bye ~

No comments:

Post a Comment