Friday, March 7

Manusia

manusia


hanya tahu menyampai
kepada yang rapat
hanya tahu mengikut
secara membuta tuli


tak punya rasa bersalah
walau menjadi penyampai
tak punya rasa mahu tahu
walau akal telah diberi


manusia


gah nama digelar hakim
hakim duniawi
yang bisa meletak hukum
seperti dia yang suci


gah nama kerana berjaya
menjadi penyampai hal dalam
kepada dunia luar
kononnya menegur


manusia



AZH
1903
March 7th, 2014



p sengkang s : ini secara rawak. tersentap? jadi aku perlu buat apa untuk tidak menyentapkan lagi? heh.

No comments:

Post a Comment