Friday, January 31

Ikan Masin Masak Asam

assalamualaikum ~


Hai ~ Entri kali ni pasal masakan lagi. Haha. Dah peram seminggu lebih ah. Sampai dah 2 kali aku masak lauk ni. First time masak lauk ni gara-gara bawak stok pulang. Kali kedua atas request Bonda lepas aku insta masuk fesbuk saja nak tayang kat Ayahanda dan Bonda yang guwe berjaya buat. Kah!



Bahan nak masak ni simple gila punya. Orang bujang laa katanya. Tak susah mana pun. Yang tak reti masak pun boleh cuba masak. Okay ~



Bawang besaq sebijik, bawang putih 2 ulas, halia beberapa hiris


cili merah dan cili hijau
warna warni laa sikit lauk hangpa


ikan masin


belacan
penambah rasa bagi umph haa


asam jawa
garam & gula

Dah sediakan bahan tadi? Haaa...ni resepi zaman Bonda punya. Aku share-share je ni. Cara nak sediakan pun tak payah berjam-jam. 30 minit, siap sedia untuk makan ja.





Panaskan minyak. Dah tu masukkan bawang putih, goreng sampai wangi.
Next, masukkan bawang besaq. Sampai jiran sebelah ke housemate tanya engko masak mende.
Lepas tu masukkan hirisan halia tadi.


Asam jawa tadi, hang perah bagi dapat ayaq.
Dah tu masukkan ayaq asam jawa ni.
Kacau bagi sebati semua bahan tadi.


Next step, masukkan ikan masin yang dah siap digoreng.
Masukkan secubit dua belacan.


Masukkan hirisan cili-cili.
Aku main redah je hiris cenggini.
Garam dan gula secubit dua.


Agak-agak dah mendidih sikit, off je api. Dan.....siap untuk dihidang dan melantak. Masa aku masak lauk ni, ikan sekoq je la sebab aku sorang je nak makan. Balik rumah famili, memang ter-blank sebab aku mana ada sukatan bab masak ni. Aci redah gitu haa.


Enjoy ~


Next entry bila aku rajin pulak dan lepas seminggu dua aku peram. Hahaha. Bye ~



p masak s : kawan pempuan aku yang datang rumah jeles sebab aku tertunjuk gambaq makanan yang aku masak seniri. hahahahaha. sorry laa my dear. tak sengaja ~ :P

Monday, January 20

Exam ~

assalamualaikum



Hai. Update ringkas. Minggu ni dua exam. Dan....esok salah satunya. Study? Haa...dah selesai dua chapter. Satu lagi nak pegi sambung ah ni. Hohoho. Ermm...next entry. Bye ~

Friday, January 17

Bergedil Maggie

assalamualaikum ~



Hoi! Lama jugak ah aku peram entri nih dekat draft. Selalu update pun tak feel der. Aku update mende yang simple aku buat masa kat hostel tempoh hari. Hasil merujuk dan berguru dengan Dapur Bujang.


Bahan-bahan yang ampa perlukan :


Crab sticks ni optional (versi aku, tambah je apa yang aku nak)


Maggie yang dah siap direbus dengan air panas


Telur sebijik


Bawang putih (seulas) dan bawang besaq (setengah biji)


Kentang yang tengah direbus untuk lembutkan



Cara-cara memasak :

- Dah lembut kentang yang ampa rebus tadi, sila laa lenyek-lenyekkan.
- Dah siap lenyek? Okay, masukkan maggi yang dah siap rebus tadi, crab sticks, perencah maggi, bawang putih dan bawang besaq.
- Next step, ampa uli sampai sebati semua bahan tadi. Pastikan tangan dah dibersihkan daripada segala bakteria sebelum menguli. Karang makan, sakit perut, tak ke naya.
- Lepas siap menguli semua bahan, korang bentukkan bulat-bulat macam kat bawah ni. Ikut sedap korang laa nak besar pada ni ke, nak sederhana ke, nak kecik ke ye.


- Dah buat step tadi? Okay, kita proceed next step. Panaskan minyak kat dapur tu oi! Dah? Celup bergedil ni dalam telur yang dah dipukul.
- Minyak dah panas? Apa lagi...goreng laa bergedil ampa sampai kuning keemasan ~


Tadaaaaaa ~


Aku buat dalam 21 biji jugak laa. Makan pagi dekat dalam dewan seminar. Muahahahaha. Terima kasih buat Dapur Bujang kerana idea yang kreatif ni. Lepas ni takde laa asyik maggi kosong je aku bedal kalau lapar. Ahakz ~



Klik link tadi untuk resepi-resepi kreatif yang simple. Yang tak reti masak pun boleh jadi reti. Yang dah biasa masak pun boleh jadi pro memasak lepas ni. Bye ~

Tuesday, January 14

Lanun Ranggi The Book


assalamualaikum ~



Hai! Errmmm... Apa habaq? Haha. Straight to the point. Aku ushar timeline tuiter. Ada laa yang dok order buku dekat Encik Aujinz. Jadi, Rabu lalu bersamaan 8 Januari 2014 Masihi, aku roger laa beliau dekat wicet. Dah buku beliau ni terlajak laris habaq hang, kena laa tanya masih ada atau kena tunggu. Nasib guwa baik derr...nak tunggu apa lagi. Sambaq cecepat sebelum stok habis.


Makanya, hari Khamis, 9 Januari 2014 Masihi, aku dapat pengkhabaran gembira yang beliau telah pos ekspress ke aku. Manyak gumbira hati guwa maa. Tunggu dengan eksaited sedangkan Jumaat ada test pun sikit lagi nak lupa dah. Haha. Jumaat, 10 Januari 2014, tengah hari, dah selamat berada di tangan aku. Muahahahahaha ~ (Ayahanda soal bertubi-tubi menda alah apa laa aku sanggup tunggu dekat kaunter kampus sampai pukul 3 petang semata-mata) :P



tadaaaaa ~


Apa yang best? Banyakkkkkkkk!!!! Gaya santai yang Si Lanun Ranggi yang perasan kacak (kacak separuh ah...hehehehe) persembahkan seperti dalam blog beliau. Ada yang diceritakan semula dan ada cerita yang baru nak diceritakan melalui buku ni. Cerita daripada zaman kanak-kanak yang nakal sampai ke zaman kerja dengan otai, dan...eh...kang cerita semua, tak thrill ah kat yang belum membeli dan membaca.



Lagi? Setakat yang aku dah mengulang baca ni, memang sakan jugak ah aku mengekek gelak dan tersengih macam kerang busuk sampai Bonda tanya kat aku. Parah ~ Bagi seorang aku yang kerap stress ni, baca buku ni pun dah mampu buatkan aku lupa masalah apatah lagi nak memerut ke tandas. Makan pun aku boleh nantikan sebab nak baca punya hal.



Nak tahu lagi? Klik link atas, dan order-lah dekat Encik Aujinz segera sebelum kehabisan stok. Buku beliau terlajak laris baq hang.



Okey ah...aku ada keje sikit dan nak mencari resepi untuk masak esok. Bye ~

Monday, January 6

Crab Sticks Spicy

Assalamualaikum ~



Kelas petang cancel. Hohoi. Straight to the point, aku ada masa untuk masak makanan tengah hari. Simple saja. Orang bujang laa katakan.



Okeyh. Bahan-bahan yang diperlukan :-

Minyak masak



Cili giling (kuantiti ikut suka hangpa)
Sos tomato (kuantiti ikut suka)


Crab sticks potong dadu


Bawang putih potong dadu 4 ulas (nak kurang pun boleh)


Bawang besaq sebijik (nak setengah pun boleh)


Garam
Gula




Cara-cara masak :-


- Engkorang panaskan kuali dan tuangkan minyak masak. Tunggu sampai minyak dah panas.

- Agak-agak dah panas, masukkan bawang putih sampai wangi. Dah tu masukkan bawang besaq tadi. Goreng sampai wangi.

- Dah sudah step tadi, masukkan cili giling dengan sos tomato. Bonda kabo, kalau masuk cili giling ni, hang kena tumis dia sampai pecah minyak. Lagi Bonda kabo, time hang nak kacau tu, kacau arah lawan jam.

- Hang agak dah pecah minyak tu, masukkan sikit air kalau tak nak pekat laa. Reneh sampai mendidih gitu.

- Last step, campak masuk crab sticks. Garam dan gula pun sekali masuk secukup rasa. Biaq sampai crab sticks tadi betul-betul masak.


Dah siap untuk dimakan. Jemput ~~





p/s : burrppp ~ alhamdulillah. kenyang perut guwa dowh.

Kelas, Isnin Blues ~

Assalamualaikum ~
Kuliah dah mula derr. Macam biasa. Nak bangun pagi, liat nak mampus. Lagi-lagi dengan cuaca sejuk dan berbungkus di dalam selimut. Perrrgghh. Nikmat baq hang!
Tapi...kelas harus pergi derr. Kang Ayahanda tahu aku membongkang je lebih, tak pasal kena ceramah kaw-kaw punya. Huhuhu.
Bangun hari ni boleh pulak sakit lengan kiri, bahu kiri dan pinggang bahagian kiri. Kemain laa pulak kan. Takkan salah tidoq pulak, ye dak. Wuwuwuwu ~
Aa...okey ah. Nanti ah aku menaip lagi. Bye ~
p tolak s : aku takdak mood sikit hari ni.

Saturday, January 4

Cuti sudah habis bro ~

assalamualaikum ~



Berdenyut-denyut peha kiri ni. Oh..lebam sudah. Ni laa akibat berebut sangat lepas shopping semalam. Habeh langgar pintu kereta. Padan muka guwa. T_T



By the way, adik cik a.k.a acik dah balik hostel. Tinggal aku dengan yang bongsu dengan Ayahanda & Bonda. Esok aku pulak balik. Ahh..malasnya nak balik derr. Mode cuti tak habeh lagi. Haihhh ~



Ohh...Selamat Ulang Tahun yang ke-22 buat Ayahanda dan Bonda guwa. Hohoho ~ Sorry, tak dapat nak bagi hadiah on the spot hari nih.



Okay ah. Nak dinner. Perut guwa meminta nasi yang seharian tak dapat-dapat lagi. Bye ~



p tendang s : kalau tak tahu erti tak nak kongsi, tak payah bajet macam tahu. 

Thursday, January 2

Selesema Pulak ~

assalamualaikum ~



Aku pikir tadi petang nak menaip. Tapi kan, disebabkan makan ubat selesema gara-gara alergik dengan habuk, badan terus kena mode sloth. Sorong bantal waktu tu pun memang aku tak menolak. Lepas lunch, terus aku tidoq.



Lagi yang aku senang selesema bila cuaca sejuk, orang yang pakai perfume yang-kalau-boleh-aku-nak-orang-lain-bau-dari-jauh-lagi, dan sotong yang makanan laut tu eh. Serius...mahu sehari laa jugak macam orang sakit padahal tak pun.



Buat masa ni, cara hilangkan tu, aku cuma makan ubat selesema laa. Tu yang terlupa mende laa aku nak mengarut kat sini. Huhuhu ~ Dah laa...nak tengok movie. Esok nak berjimba. Cuti dah nak abeh woi! Bye ~



p tolak s : entah pape aku menaip malam ni...lain hari ah bila aku ingat.

Wednesday, January 1

Hai 2014!

assalamualaikum ~



Selamat Tahun Baru 2014! Terimalah entri pertama untuk tahun baru ni daripada guwa yang tak seberapa ni. Huhu ~



Dengan rasminya, mission aku, dah bermula saat ini. Doakan aku mampu mengharunginya dengan lebih kuat dan tabah dan sabar. Hoho ~



Baidewei, guwa menang selepas orang yang guwa cabar dah angkat bendera putih. Harharharharhar. Masa untuk membahan. Bye ~



p tarik s : tetiba perut berkeroncong pulak. citt ~