Sunday, August 23

Kisah Posting Clinical [2] Part 1

Assalamualaikum




second posting - surgery



Posting kedua aku ialah Surgery. Heaven habaq hang. Pesakit ada ikut musim. Plus, pesakit kat wad pembedahan ni lain. Diorang punya check-in lama berbanding wad Internal Medicine. Wad lain, nanti aku buat konklusi lain. Hehehehe. Kita citer sikit-sikit dulu. Aci laa ek.



Time posting ni dalam bulan Disember 2014. Musim cuti sekolah. Mana laa nak ada sangat pesakit baru. Ada tu ada tapi boleh kira dengan jari laa. Kebanyakan pesakit yang dah lama check-in, yang dah buat operation tapi kena tahan untuk follow-up. Ada satu pakcik tu, daripada sebelum start posting sampai ke giliran kumpulan aku, dia masih dekat katil tu. Lama weyh.



Selalu pesakit yang dah lama ni, jarang sangat laa pegi clerking. Kalau boleh tu, selalu cari fresh case takpun pesakit yang baru. Dah takdak sangat baru laa kacau pesakit lama. Huhuhuhu. Maap lerr pakcik, makcik, akak, abang, adik semua ye. Kami budak praktikal nak mahirkan skill lagi nak belajo skill ni semua.



Basically, pesakit kat wad pembedahan ni banyak yang perlukan pembedahan laa of course. Case yang palinggggg senang jumpa - appendicitis. Bersepah laa sampai dah boleh hafal sign and symptom tu. Next entry aku detailkan lagi through pengalaman check pesakit ni. Huhuhu. Next case, gallstone. Ni kedua yang boleh jumpa kat wad tu la. Depends pada musim.



Paling rare case yang nasib dapat - inguinal hernia ataupun angin pasang. Time group aku posting ni, dapat laa 2-3 patient yang ada angin pasang. Aku pernah clerk satu pakcik ni. Peramah gilaaa walaupun masa aku clerking tu waktu on-call malam. Terima kasih pakcik sudi bagi saya tanya macam-macam. Esoknya, aku mintak izin pakcik tu dulu sebelum present dekat lecturer.



Aku clerking jerrr malam tu. Esok present-nya lecturer tanya buat examination tak. Memang tak laaaaa kau nak examine dengan tak tahu macam mana weyhhh. Hahahaha. Jujur je laa cakap tak kan. Kena berleter sikit tapi lecturer tunjuk jugakkk. Hehehehehe. Errrr..segan tu Allah je laa tahu macam mana. Tapi pakcik tu baikkkkkk sangat. Dia cakap takpa nak belajar kan. Terima kasih banyak kat pakcik sebab izinkan. Seram sejuk weyh tapi niat nak belajar, letak tepi lahhh segan tu.



Second case, aku present case ape ntah tapi time tu memang aku tak prepare pun mental. Clerking macam biasa tapi tak ready. Ni sebab geng yang kena pindah satu group ngan aku paksa aku present jugak. Niat dia baik nak tolong bagi full-kan aku punya logbook. Tapi sebab aku tak prepare, tu yang aku bebai lepas present. Mana taknyaaaa...lecturer yang sama tegur apehal aku present macam kelam kabut. Seeeeeeeee...that's why I don't like to present when I'm not well prepared.



Menggigil aku time tu toksah habaq laa. Kena repeat daripada mula. But at the end, logbook penuh jugak. Hahaha. Thanks anyway but next time don't force me to present except if lecturer force me. Aku memilih sikit.



Exam Surgery 2 hari jaa. hari Isnin exam clinical, hari Jumaat baru ngadap teori. Yang best, leader group aku awesome. Tolong member. 2 hari sebelum exam, dia dengan lecturer kena cari pesakit and susun untuk each of us which patient. Petang tu, dia waksap privately inform patient aku ada gastric carcinoma. Terkujat kejap. Finding apa yang nak dapat weyh. Bukan senang. Bukak buku, study je laa dulu basic.



Ahad tu aku ngan geng gerak pergi HSB. Nak mengushar patient kat wad Medical. Ahaaaaaa...kejap lagi aku cite. Alang-alang dah melepak kat HSB, turun laa pegi wad Surgical. Cari patient aku untuk exam tu. Tengok-tengok..eh...ni patient member aku pernah present masa bed side teaching (BST). Tapi lepas presentation tempoh hari, patient dah discharge. But...kali ni re-admitted. Tanya lah kenapa. Infection punya pasal.



Balik tu, aku waksap member yang pernah force aku present tu mintak clerking sheet dia. Nasib baik dia bagi tak banyak songeh. Hehehehe. Bukan copy paste sepenuhnya okayyyy. Ayong tanya jugak tau kat patient tu punya anak. Dah dapat tu, aku complete-kan history tu bagi perfect and nice.


Isnin tu exam. Pagi tu jumpa pesakit tu. Tanya sikit ja. Lepas tu mintak izin nak examine sikit. Anddddd..done. Tunggu untuk present kat examiner ja. First time amek exam okayyy. Sejuk, gelabah semua ada. Patutnya aku orang ke-2 camtu. Tapi lecturer ni, warga Myanmar, pangkat atok dah kalo nak kire laa, dia datang ke patient aku dulu. Sebab masa dia round tu dia nampak aku dulu tanya okey ke tak boleh ke tak. Tak sangka aku jadi orang first. Lagi laaaaaaaaa.



Masa mula ja nak present aku citer laa patient ni re-admitted. Dia suruh citer balik daripada mula tapi sependek yang boleh. Kertas yang kau catit, bukan boleh tengok sepenuhnya. Haaaa..mencabar gila. Lepaih tu, ada laa dia tanya soklan teori sikit-sikit. Alhamdulillah, aku jawab yang mana boleh dan ada yang aku baca tapi ingat huruf depan jerr. Sadis betei. Bila lecturer sebut, baru nak haaaaa...ceiittt.



Panjang pulak citer kali nih. Penat kang membaca. Aku seniri pun kalo baca blog orang, panjang sangat, aku skip. Hahahaha. Sorrryyyyyyy. Aku stop kat sini dulu. Nanti aku sambung lagi citer. Tak habeh lagiii.



Apa-apa pun, jaga diri jaga kesihatan korang. Assalamualaikum.




-azh-

1 comment: