Tuesday, August 18

Kisah Posting Clinical [1]

Assalamualaikum




Medicine Diary



Okey laaaa...banyak masa terluang tak tau nak buat mende, izinkan aku cerita serba sikit sejak mula ber-posting Oktober 2014.



Kalo ikut timeline asal, aku dah tunggu masa nak graduate je daripada satu universiti swasta kat tanah ayaq tapi malangnya dah ditutup. Maka...ramai laa dipindahkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Kalo korang ikut isu semasa yang tengah kecoh, memang tahu laa kat mana. Tak payah laa aku nyatakan benda yang dah berlalu.



Makanya, Oktober 2014 bermula la perpindahan ke universiti baru. Alhamdulillah pihak universiti sanggup terima kitorang nih. Terasing? Agak laa sebab ye laa..aku tak kenal sesapa dengan rapat. Sekadar tegur lepaih tu buat hal memasing dekat tempat lama tu ada laa. Awkward tu memang ada laa. Huhuhuhu.



First posting aku adalah Internal Medicine dekat Hospital Sungai Buloh (HSB). 3 minggu lewat laa jugak mulakan posting. Tapi...masih boleh kejar dengan separuh nyawa. Hahahaha. Gila kau tak semput...posting 8 minggu..dan ada baki 5 minggu ja nak hambat yang dah tertinggal. Elok pulak yang tertinggal tu topik basic skill, Cardiovascular and Respiratory. Perrgghhh..masak ~



Dalam tempoh nak kejar tu, minggu budak-budak asal bercuti. Jadi, masa banyak dihabiskan buat Medical Diary a.k.a Medical Notes. Padahal beli Oxford Handbook of Medicine study pun settle. Tapi...tak semua orang baca pun boleh ingat. Contoh macam aku..kena buat nota pendek sikit baru paham. [Pendek lahhh sangat..kau combine sampai tiga buku daripada Oxford, Davidson dengan Harrison..pendek sungguh!] Hahahahahaha.



Yang mencabar bagi aku, bila kena buat clerking patient. Ya Allah...nak mintak izin pun punya susah nak mampus. Teruk betui aku nih. Huhuhuhu. Kadang-kadang dapat patient yang best nak clerking. Boleh kata penuh dua muka surat clerking satu patient. Kadang-kadang nak dapat satu muka surat pun payah. Kesabaran tu yang main peranan penting bila clerking.



Bab physical examination lagi laaa mencabar. First time check patient walaupun ada geng jadi chaperon. Ketaq toksah kata laa. Takut tertinggal evidence penting atau kadang-kadang tak dapat petunjuk. Haru gak sebab lecturer mesti tanya apa differential diagnosis kau. Baru third year...dia tanya tu pun boleh bunyi cengkerik kat belakang telinga.



Kadang-kadang, ada laa budak groupmate sama sibok nak join tengok tak pun nak join buat sekali padahal dah tahu kalo boleh satu pesakit dua atau tiga orang tu dah memadai. Aku kena sekali. Dalam hati jangan tanya laaa. Sabaq ja laa layan. Haihhhhhh. Waktu clerking camtu. Kalo waktu bed side teaching lain laa sebab ikut subgroup at least dalam 11 orang.



Penghujung minggu ke-4 dan ke-8 biasanya pulun dok siap Case-Write Up. 2 kes kena cari. Biasanya aku selalu sangat buat 2 hari sebelum kena hantaq. Mula laa tak cukup tidoq bagai. Spesies tak reti buat awal-awal dan tak reti buat pendek-pendek. Kalo tak 22 muka surat satu kes tu bukan aku lerr tu. Selalu kena nganjing ngan budak bilik. Cittt.



Minggu ke-8, minggu exam. Daripada teori sampai ke skill kau di-test cukup-cukup. Disebabkan aku dan geng yang masuk lambat nih, exam pertama, diulang, EXAM PERTAMA, ye..ditangguhkan. Aku mulanya nak jugak protes nak amek jugak sebab tengah fresh lagi otak baru belajar kan. Tapi...apakan daya..dekan dah kata tak boleh..tak boleh lerr. Cuti laa seminggu tu. Orang lain exam, kami cuti. Redha laa weyh. Ada hikmah tu kenapa ditangguhkan.



Panjang pulak cerita. Hahaha. Maap. 5 minggu pun kelam kabut jugak. Sebelum 6 pagi dah kena bangun bersiap daripada Isnin sampai Khamis. Naik bas daripada PJ ke HSB. Pukul 4 petang baru gerak balik. Dah balik, rehat kejap, solat, makan, bersihkan diri, solat maghrib pulak terus sambung assignment. Penat habaq hang.



Jadi...adik-adik yang berminat nak buat bidang perubatan tu...dah bersedia ke nak hadap ni semua? Zaman pre-clinical tak sama macam zaman clinical. Dia punya hectic zaman clinical lagi dahsyat laa. Kalo dah bersedia, sebagai ingatan daripada apa yang aku dah lalui,


  1. Bangun awal sebelum subuh tu memang tak boleh elak walau macam mana sekali pun. Kata nak jadi doktor. Tarak hal kan bangun awal?
  2. Datang awal ke kelas, study laa sikit buat preparation. Kalo malas pun, kau baca sambil lentok laa kejap. Jangan sampai ayaq liuq banjir sudah.
  3. Jangan sesekali ponteng bed side teaching dekat hospital. Masa ni laa kau nak amek ilmu dekat pesakit, masa ni laa kau nak amek ilmu dekat HO, MO, Specialist, Consultant, staff nurse dan yang ada kat situ laa.
  4. Kalo kau ada buat silap ke tak lengkap kau punya clerking tu, dah tak payah susah-susah dok argue. Mintak maaf kat lecturer kau. Tak jatuh pun maruah kau. Dapat ilmu lagi ada laa. Kena marah tu standard laa. Tapi kalo sampai jatuh maruah kau, cakap elok-elok lerr.
  5. Buat kerja awal waktu kalo taknak kelam kabut macam aku. Huhuhuhu.
  6. Buat nota study awal-awal dan sambil tu study laa jugak.


Exam aku? Haaaa..next entry aku cerita. Kita rahsiakan dulu. Hehehehe. Maap lerr terpanjang bercerita. Nanti aku cerita posting kedua pulak. Jaga diri, jaga kesihatan. Assalamualaikum.





-azh-

No comments:

Post a Comment