Sunday, August 16

Simple Hijab - Program Affiliate

Assalamualaikum


Alang-alang tengah bercuti nih, bukak Wicet, tengok member kemain promote kat moment dia. Okey laaa...godek-godek baca mende sket. Padahal sebelum cuti tempoh hari geng kelas ada post jugak kat waksap. Tapi..yelaaa..pakai data henset, line pun siput sedut sebab quota dah abeh..buat bodoh je laa.


Sorry geng sebab tak bukak under kau. Huhuhuhu. Pendek cite, aku promote kat sini je laa dulu. Engkorang baca dulu kat bawah ni. Aku sertakan link jugak untuk korang jenjalan nanti.


Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate kami ini adalah:
  1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
  2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
  3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
  4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
  5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
  6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.

Apa yang lebih menarik lagi?
  1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
  2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.


Berminat? Klik link tadi ataupun SINI untuk study lebih lanjut sebelum join. Takdak paksaan untuk join ke tidak.


K ah...nanti cite lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, August 11

Setahun Dah ~

Assalamualaikum


Lama nau aku tak update. Huhuhuhu. Mintak maap lerrr... Duduk hostel pakai mobile data nak surf laman web. Makanya, terbatas laa sikit nak update.


Setahun dah settle. Tinggal lagi dua tahun. Kalau ikut asal, tahun depan dah tahun akhir. Tapi...ada laa tu Dia suruh pindah dan ulang setahun lagi. Ada hikmah jugak lepas transfer tempoh hari. Hihihihi.



  1. Lepas pada transfer, baru tahu betapa susahnya nak mencari ilmu.
  2. Baru sedar diri ni susah sangat nak mula sendiri bertanya kat pesakit. Hahahaha.
  3. Baru terasa lengkap skill bila dapat buat examination dan dapat finding pulak tu.
  4. Kena banyak membaca supaya dapat relate dengan pesakit. Nampak tak malasnya aku cemana.
  5. Gagal dua kali tak bermakna gagal selamanya tapi untuk mantapkan balik asas yang kurang.
  6. Nasihat daripada pesakit selalunya berguna jadi jangan abaikan.


Banyak lagi laa yang aku dapat sepanjang tempoh setahun berpindah dan mengulang semula. Pengalaman tuuu. Manisnya dan mahalnya pengalaman tu takkan dapat tepi jalan secara percuma.


Memandangkan laptop aku ni mengada-ngada, bila senggang nanti aku sambung lagi. Tak jamin laa bila. Assalamualaikum ~




posting dah abeh dah pun. sekarang tengah cuti.
jadi aku belanja satu gambar lama dulu. :)

Friday, May 22

Mei 2015

Assalamualaikum ~
Dah penghujung Mei. Hehehehe. Maap. Busy dengan kehidupan. Kehidupan lah sangat padahal takdak topik nak up. Huhuhuhu.
Update live - tengah exam posting Obstetrics & Gynecology. Cuak? Toksah kata. Lapaq perut even dah telan roti. Wuwuwuwu.
Okey...next time update lain. Bye. Assalamualaikum ~
P/s : rindu awak..jaga diri..hati² keje..cepat balik..cepat kita kawen. Hahahahaha. Kbai.
azh

Wednesday, January 7

2015 Missions

Assalamualaikum.


Dah seminggu baru update. Huhu. Maap ~


So...this year, upgrade missions. 10 jugak. Moga-moga tahun nih capai lebih daripada last year.


Tu ja. Bye. Assalamualaikum. Ngee ~


Azh.