Saturday, May 24

Jiwa

tika diri dilanda kesepian
jiwa dihimpit ribuan perasaan
mencari satu kepastian
demi sebuah erti kehidupan


emosi bermain di jiwa
menari untuk seribu rasa
menangisi setiap duka
tiap calar yang terluka


merintih pada sang pencipta
agar dipinjamkan kekuatan jiwa
menyelusuri tiap dugaan-Nya
untuk hari baru yang kan tiba


wahai sang jiwa tenanglah
teruskan mengorak langkah
mencorak masa hadapan
walau berjuta halangan


azh
1345 hrs
May 23rd, 2014


p tenang s : aku siapkan idea ni masa atas bas ondewei balik ke kampung halaman. susah betei nak siapkan bila emosi aku tak mendalam. -_-

Sunday, May 11

Ibu

ibu
kasihmu tetap satu
biar anakmu beribu


ibu
walau berjuta halangan
kau sabar berdepan


ibu
walau berjuta dugaan
wajahmu penuh senyuman


ibu
sang ratu hati
tanpamu tiada erti


ibu
cinta hati diri
kasihmu yang abadi


ibu
syurga anak-anakmu
terima kasih bidadariku


azh
1722 hrs
May 11th, 2014


P/s :  this is dedicated to my Bonda and mothers around the world. sorry lerr tak berapa nak puitis sangat. kekeke.

Saturday, May 10

Tulis

tulis itu rasa
utusan sang jiwa
buat seorang manusia


tulis itu diri
cerita kisah hati
agar bisa dimengerti


tulis itu cinta
yang beribu makna
pada satu manusia


AZH
1622 hrs
May 10th, 2014

Thursday, May 1

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum


Selamat hari pekerja buat mereka yang bergelar pekerja. Wiwiwi.


Yang masih belajar pulak, enjoy ah cuti sehari ni woii. Yang negeri lain yang cuti jumaat ni, untung ahhh cuti 3 hari.


Err...aku pun cuti lama kowt. Hehehe. Ahad ni aku bakal berangkat sudah. Ke mana? Nanti aku kisahkan. Heeee.


By the way, aku update entri guna chrome yang dah sedia ada dalam henset. Nanti aku cite lepas dah jumpa jalan dan kelebihan henset ni. Yang Kat Wechat dah tahu model apa aku guna.


Dan...autocorrect ni pun boleh bikin aku seteghes. Abeh rosak rekod menaip paling laju. Nak kena ushar sebelum post. Kang lain yang aku nak sampaikan. Hahahaha.


K dah. Bai. Selamat bercuti!