Assalamualaikum ~
Alhamdulillah dah tahun ke-4. Baki setahun lebih lagi gitu, insyaAllah. Entri pendek lap habuk sebab lama tak ber-update. Huhuhuhuhu. Ayong mintak maap lerr tak wish tahun baru langsung kat sini. Sibuk yang amat dengan mulanya tahun 4, semua short posting selama 18 minggu. Seteghes dia toksah tanya laa. Penat sampai balik ja lena. 2 minggu sekali ja exam.
Citer tahun 3 dulu pun tak habeh lagi. Hahahaha. Kononnya nak sambung waktu cuti, pun tak bersambung. Punya laa bercuti sakan kat rumah membela berat badan. Tapi naiknye ciput je. Hewhewhewhew. Nanti nanti laa eh bila Ayong dah da masa percuma berlebihan sampai tak boleh tampung, Ayong sambung. [Kalo rajin laa sebenaqnya kan..hehe].
Ermmmm...ni lepak kejap baru selesai siapkan homework. Isnin sampai rabu, standby ngadap homework yang banyak. Huhuhuhu. Ayong ingat nak lena pehtu bangun siapkan, malangnya...tak tenang nak lena oii selagi keje tak siap. Makanya, bila dah siapkan keje, mula laa mata pun letih dah. Masa bilanya nak study ni entah lerr. Huhuhuhu. Jammed.
Sebenaqnya kan...Ayong lapaq sekarang ni sebab keje dah siap, otak pakai banyak tenaga, dan tak tidoq daripada petang tadi lagi. T_T
Dahh...nanti citer lagi...bila rajin. Hahaha. Nak pi makan. Jaga diri, jaga kesihatan, jaga iman. Assalamualaikum.